Novel Aku Cinta Bola. Bab 1.

       " Tuk ! Tuk ! Tuk ! " bunyi ketukan pintu dari luar bilik Nazirul.

       " Nazirul ! Nazirul ! dah lambat dah ni ! Sekolah ! " terdengar suara Puan Noraini dari luar biliknya.

Nazirul terjaga dalam keadaan terperanjat dan masih lagi dibuai mimpi. Tangannya meraba-raba mencari jam loceng yang diletakkan bersebelahan katilnya. Matanya yang masih ditutup rapat akhirnya dibuka perlahan-lahan untuk melihat masa setelah jam loceng berbentuk bola itu dicapai.

" Alamak ! mampus aku ! " jerit Nazirul setelah sedar yang dirinya sudah terlambat untuk ke sekolah.

Nazirul terus bingkas turun dari katil. Dia mencapai tualanya dan terus bergerak ke bilik air. Sesudah mandi. Nazirul bergegas menyiapkan diri dengan memakai baju sekolah yang telah disediakan olehnya malam semalam. " fuhh ! nasib baik dah iron... " sempat dia berceloteh tanda kelegaan.

Digapainya beg sandang yang hampir lusuh dan terus meluru keluar dari biliknya. Nazirul menuruni tangga dengan keadaan kelam kabut. Ibunya yang berada di dapur sudah muak dengan gelagat anak tunggalnya itu. Ini bukan pertama kali anak kesayangannya itu lambat untuk ke sekolah. sudah berpuluh-puluh kali !

" lambat lagi ? " ibu menegur sambil menggeleng-gelengkan kepala.

tanpa mengendahkan ibunya , Nazirul terus mencapai kasut jenama converse dari rak kasut dan duduk di tepi ampaian untuk memakainya.

" Ibu la kejut lambat.... " Nazirul bersuara tetapi dengan nada yang perlahan.

" Ish ish ! dia yang lambat salahkan ibu pula !? " Puan Noraini yang mendengar Nazirul merungut meninggikan suara sambil menjenguk anaknya dari dalam rumah. " pot pet pot pet " Puan Noraini berleter.

        " ye ibu... ye. " Nazirul mengiyakan saja leteran ibunya tadi. Malas mendengar , nanti bingit telinganya. Sudah la lambat untuk ke sekolah. dapat pula ceramah percuma. ni kalau dengar ibu ceramah , sampai esok pagi la jawabnya. kata Nazirul dalam hati.
     
" ibu ! orang pegi dulu ! Assalamualaikum ! " belum sempat ibunya menjawab salam , Nazirul telah bergegas menaiki basikal miliknya keluar rumah. Sudah menjadi kebiasaan baginya berbasikal ke sekolah. jarak rumahnya yang tidak begitu jauh dari sekolah menjadi faktor dia berbasikal.
     
" boleh exersice pagi-pagi. badan sihat , minta cergas " katanya.
       
        Dalam perjalanan untuk ke sekolah , bermacam-macam alasan direkanya untuk melepaskan diri dari dimarahi oleh guru disiplin. Perasaan resah dan gelisah juga mula membayangi diri.
       " mampos aku ! mampos aku ! Cikgu Isa mesti dah tunggu depan pagar ! "  berkerut dahinya mengayuh basikal sambil berleter seorang diri. Dia terbayang wajah guru disiplinnya itu yang berwajah bengis serta garang. Dia mempercepatkan kayuhan basikalnya.

           Hampir sampai ke pagar sekolah. Kelihatan beberapa orang pengawas sedang bertugas.  Dia musykil kerana kebiasaannya Cikgu Isa akan bertugas bersama-sama pengawas yang lain. Eh , mana si Isa ni ? biasanya ada ? harini takde pula ? bermonolog dia di dalam hati. Kelihatan juga kawannya Ismail baru sampai di depan pagar. " yes ! Mail pun lambat juga ! " tersengih sengih Nazirul apabila ternampak kawan sekelasnya itu.

          " Woi Mail ! lambat jugak ? " sergah Nazirul sambil turun dari basikal.

          " Woi ! Zirul ! " terperanjat Ismail. Sempat juga dia ketawa. " tak guna kau ! kalau aku ada sakit jantung macam mana ? "

Tersengeh-sengeh Nazirul. Nasib baik ada kawan sehati sejiwa dengan aku ni. " ehh ! jom lah ! dah lambat ! " teriak Nazirul. Takut kalau kalau dimarahi oleh Cikgu Isa.

        Mereka menuntun basikal ke dalam sekolah. Kelihatan seorang pengawas perempuan menghampiri mereka." tengok tu , polis sudah mari. " Ismail menyindir.
     
      " huh ? " Nazirul tercengang. Terpegun dia melihat kecantikan pengawas itu. kulitnya putih dan gebu. comel. mukanya iras-iras Wawa Zainal. " Wow... " Nazirul bersuara gatal. Ismail hanya memerhati sambil tersenyum-senyum. ape kene member aku ni ?
     
       " ehh ! stop ! stop ! " pengawas perempuan itu cuba memberhentikan mereka. " amboi ? naik pangkat dah ? macam polis trafik pula suruh orang stop stop ni ? " Ismail menyindir sambil tersengeh sengeh.
       
        pengawas tadi tidak mengendahkan Ismail. Dia mengeluarkan buku kecil dari poket baju kurungnya untuk menulis nama Nazirul dan Ismail yang lewat untuk ke sekolah " please tulis nama dekat sini ? you dah lambat " sambil menghulurkan buku dan pen kepada Ismail.
         
          " nama i Jay..... Jaybon.... " sambil menerima buku dan pen dari pengawas itu. Nazirul hanya menahan gelak melihat telatah kawannya itu. Ismail cukup terkenal dengan perangai loya buruknya dikalangan rakan-rakan. Dia mampu membuat orang ketawa.
         
                  Nazirul yang dari tadi menyepi bersuara. " awak tak payah layan mamat ni. poyo je lebih. " Nazirul merampas buku dan pen yang dipegang oleh Ismail. Ismail tidak melawan. takut terkoyak pula buku cik adik manis itu nanti. Nazirul menulis nama di dalam buku tersebut dan cepat cepat beredar. Buku yang dirampasnya tadi diberi kepada Ismail. Sempat juga dia menjeling ke arah pengawas itu tadi.
         
             Pengawas tadi hanya tersenyum sambil memperhatikan Nazirul. Jelas kelihatan lesung pipit di pipinya. Memang comel. Ismail pula cuba mengejar Nazirul dari belakang.
          " Woi ! awat laju sangat ? baru nak usya. " Ismail bertanya kepada Nazirul sambil terhegeh hegeh mengejar.
          " aku tulis nama orang lain la. sebab tu cepat cepat aku blah " terang Nazirul sambil ketawa. Ismail turut ketawa. " patut lah... " terbahak bahak mereka ketawa.
       

                                                                        THE END

     


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...